Ahad, 22 Februari 2015

Coretan kisah Tauladan

Pak Rojali pengidap sakit stroke, Dia hanya mampu terbaring di rumah sakit. Dia pun hanya mampu berpasrah kepada Allah. Suatu hari, Pak Rojali sembuh dan dapat menjalani kehidupan hariannya kembali. Pak Rojali mulai meninggalkan ibadahnya dan semakin jauh melupakan Allah, Dia beranggapan bahwa dirinya telah lepas dari kematian. Pada suatu pagi yang cerah, Pak Rojali sedang berlari lari anak di halaman berdekatan rumahnya. Tiba-tiba sebuah proton Honda putih dengan kelajuan 180km/j telah melanggarnya. Dia pun meninggal.  
***Ketentuan dan Kekuasaan Allah tak mampu kita duga. Segalanya yang bergerak mahupun berlaku, di dalam Pengetahuan Allah.
***Segala yang telah tertulis pasti akan tetap berlaku. Tidaklah ia terlambat mahupun tercepat sedetik pun.

***Sesungguhnya sebagai hamba yang Mukmin, tanggungjawab kita ialah terus beribadah kepada Allah dan berusaha semaksima mungkin pada detik demi detik untuk mendekatkan diri dengan Allah. Wallahua’lam………………….Sekian! J


Rabu, 11 Februari 2015

INFO : TAHUKAH ANDA …?
*      Setiap manusia wajib berusaha untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan setelah berusaha barulah manusia boleh berserah kepada Allah disamping berdoa kepadanya. Sekiranya apa yang dicita-citakan masih tidak tercapai walaupun manusia telah berusaha, maka perlu diyakini ada kebaikan disebalik apa yang telah terjadi.
*      Doa termasuk sebahagian daripada usaha menetapkan qada’ Allah. Oleh itu, manusia perlu berdoa dengan tujuan agar takdir buruk yang akan berlaku dapat dihindarkan.
*      Menurut pandangan ulama’, dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan.
*      Orang yang berdoa mestilah bersih hatinya daripada penyakit hati seperti dengki, niat buruk dan seumpamanya. Begitu juga hendaklah menjaga makan dan minum dengan menghindarkan memakan dan meminum sesuatu yang dilarang Allah.
*      As-salam ialah nama sifat Allah yang menciptakan kedamaian dan ini dapat dibuktikan dalam ciptaannya. Matahari dan bulan berjalan dalam peredarannya. Bintang-bintang bergerak dan berfungsi mengikut orbit masing-masing. Antara satu dengan yang lainnya menciptakan kedamaian. Tidak ada yang terpesong dari garis panduan yang ditetapkan. Masing-masing melaksanakan tugas dalam keadaan tertib dan aman. Malaikat selaku khalifah di langit, melaksanakan amanah Allah dengan patuh dan berdisiplin. Cuma manusia sahaja yang suka menumpahkan darah dengan peperangan dan memporak-perandakan masyarakat walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menimbulkan keamanan, tetapi masih belum menjadi dan berjaya serta mampu mencapai matlamatnya.
*      Hanya Allah yang maha pencipta, tetapi manusia dibenarkan berfikir akan hikmah dan manfaat ciptaan Allah supaya menjadi perangsang kepada manusia untuk cemerlang dalam menghasilkan pelbagai ciptaan (produk) hasil daripada unsur bumi yang diberi Allah kepada manusia.
*      Allah Subhanahu Wa Taala yang maha mendengar bererti bukan sahaja Allah yang mendengar, malah Allah menjadikan orang tuli mendengar dan juga memberi pendengaran kepada orang tuli sedangkan manusia dan segala makhluknya yang ada tidak akan memberikan pendengaran kepada orang tuli, lebih-lebih lagi kepada orang yang telah mati.
*      Al-Hasiib adalah tuhan yang menghitung amalan dosa dan pahala manusia pada hari perhitungan, setelah berlakunya kiamat. Al-Hasiib yang menghitung besarnya dosa dan pahala manusia dan jiin, sedangkan Jibrail bertugas sebagai penimbang perbuatan dosa dan pahala itu.

*      Orang yang bijaksana adalah orang yang meneladani sifat Allah Subhanahu Wa Taala, biarpun kebijaksanaannya itu pada prinsipnya terpesong dari peraturan perundangan. Ini menunjukkan bahawa segala yang berlaku akan tetap menjadi tanggungjawab seorang pemimpin. Begitu juga dalam kehidupan sehari-hari, kebijaksanaan itu bukan sahaja dimiliki oleh pemimpin, tetapi orang bawahan juga semestinya mempunyai kebijaksanaan terhadap golongan atasannya.

SKEMA JAWAPAN LATIHAN AL-ASMA’ UL-HUSNA

SOALAN 1:- AR-RAHMAN – AS-SALAM
1- Ar-Rahman ertinya yang maha pemurah
2- Ar-Rahim ertinya yang maha penyayang
3- Al-Malik ertinya yang maha menguasai atau maharaja teragung
4- Al-Quddus ertinya yang maha suci
5- As-Salam ertinya yang maha selamat sejahtera
SOALAN 2:- PENGERTIAN AL-JABBAR
1- Ertinya yang maha kuat yang menundukkan segalanya: Allah mampu menundukkan segala makhluk supaya menurut kehendaknya.
SOALAN 3:- SUAIKAN
1- Ar-Rahman : yang maha pemurah
2- Ar-Rahim: yang maha mengasihi
3- Al-Malik: yang maha menguasai
4- Al-Quddus: yang maha suci
5- As-Salam: yang maha selamat sejahtera
SOALAN 4:- AL-KHOLIQ – AL-QABIDH
1- Al-Kholiq ertinya yang maha pencipta
2- Al-Bari’ ertinya yang maha menjadikan
3- Al-Musawwir ertinya yang maha pembentuk
4- Al-Ghaffar ertinya yang maha pengampun
5- Al-Qahhar ertinya yang maha perkasa
6- Al-Wahhab ertinya yang maha memberi
7- Ar-Razak ertinya yang maha pemberi rezeki
8- Al-Fattah ertinya yang maha pembuka
9- Al-‘Alim ertinya yang mengetahui
10- Al-Qabidh ertinya yang maha pemegang
SOALAN 5:- AL-BASITH – AL-LATIF
1- Al-Basith ertinya yang maha melapangkan
2- Al-Khofidh ertinya yang maha menurunkan darjat
3- Ar-Rafi’ ertinya yang maha mengangkatkan darjat
4- Al-Mu’izzu ertinya yang maha memuliakan
5- Al-Muzillu ertinya yang maha menghina
6- As-Sami’ ertinya yang maha mendengar
7- Al-Basir ertinya yang maha melihat
8- Al-Hakam ertinya yang maha menghukum
9- Al-‘Adlu ertinya yang maha ‘adil
10- Al-Latif ertinya yang maha lembut
SOALAN 6:- SUAIKAN
1- Al-Basir : yang maha melihat
2- Al-Muzillu : yang maha menghina
3- Al-‘Adlu : yang maha ‘adil
4- As-Sami’ : yang maha mendengar
5- Al-Khofidh : yang maha menurunkan darjat

LATIHAN AL-ASMA’ UL-HUSNA

SOALAN 1:- Senaraikan kalimah Al-Asma’ Ul-Husna daripada kalimah Ar-Rahman hingga As-Salam serta pengertiannya:
1-
2-
3-
4-
5-
SOALAN 2:- Berikan pengertian Al-Jabbar
1-
SOALAN 3:- Suaikan Al-Asma’ Ul-Husna dengan ertinya:
1- Ar-Rahman      *                  *yang maha menguasai
2- Ar-Rahim        *                  *yang maha mengasihi
3- Al-Malik         *                  *yang maha suci
4- Al-Quddus       *                  *yang maha selamat sejahtera
5- As-Salam        *                  *yang maha pemurah
SOALAN 4:- Senaraikan kalimah Al-Asma’ Ul-Husna daripada kalimah Al-Kholiq hingga Al-Qabidh serta pengertiannya:
1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-
8-
9-
10-
SOALAN 5:- Senaraikan kalimah Al-Asma’Ul-Husna daripada kalimah Al-Basith hingga Al-Latif serta pengertiannya:
1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-
8-
9-
10-
SOALAN 6:- Suaikan nama-nama berikut dengan maksud yang betul:
1- Al-Basir         *                  *ertinya yang maha menghina
2- Al-Muzillu       *                  *ertinya yang maha mendengar
3- Al-‘Adlu         *                  *ertinya yang maha menurunkan darjat
4- As-Sami’        *                  *ertinya yang maha melihat

5- Al-Khofidh      *                  *ertinya yang maha ‘adil

AL-ASMA’ UL-HUSNA

AR-RAHMAN – AL-MUTAKABBIR
1.     Ar-Rahman ertinya yang maha pemurah: Allah memberi rahmat dan kenikmatan kepada semua makhluk tanpa ada yang terkecuali.
2.     Ar-Rahim ertinya yang maha mengasihi: Allah memberi rahmat dan kenikmatan yang melimpah ruah khususnya bagi orang yang beriman.
3.     Al-Malik ertinya yang maha menguasai atau maharaja teragung: Allah maharaja kepada segala yang ada di langit dan di bumi, di dunia dan di akhirat.
4.     Al-Quddus ertinya yang maha suci: maha suci Allah daripada segala sifat tercela, daripada sebarang sifat kekurangan.
5.     As-Salam ertinya yang maha selamat sejahtera: menyelamatkan hambanya dari aniayanya. Keselamatan dan kesejahteraan yang sebenarnya hanyalah dari Allah.
6.     Al-Mukmin ertinya yang maha melimpahkan keamanan: semua makhluk dapat hidup dalam keadaan aman.
7.     Al-Muhaimin ertinya yang maha memelihara serta mengawas: Allah maha memelihara sekalian makhluknya serta mengawasinya.
8.     Al-Aziz ertinya yang maha perkasa: Allah lebih perkasa daripada segala makhluk yang ada.
9.     Al-Jabbar ertinya yang maha kuat yang menundukkan segalanya: Allah mampu menundukkan segala makhluk supaya menurut kehendaknya.
AL-KHOLIQ – AL-QABIDH
1.     Al-Kholiq ertinya yang maha pencipta: Allah yang menciptakan alam ini dan segala isinya daripada tiada kepada ada.
2.     Al-Bari’ ertinya yang maha menjadikan: Allah yang menjadikan segala sesuatu sehingga wujud dalam kenyataan dan terjadi sesuai dengan qudrat dan iradahnya.
3.     Al-Musawwir ertinya yang maha pembentuk: Allah yang menciptakan segala bentuk dan rupa makhluknya sehingga keadaan serasi dan sesuai.
4.     Al-Ghaffar ertinya yang maha pengampun: Allah maha memberi pengampun kepada hamba-hambanya yang maha bertaubat dengan bersungguh-sungguh.
5.     Al-Qahhar ertinya yang maha perkasa: Allah yang maha perkasa atas segala makhluknya.
6.     Al-Wahhab ertinya yang maha memberi: Banyak pemberian Allah dan kurniaan serta kenikmatan yang diberikan kepada makhluk sehingga tidak dapat dihitung.
7.     Ar-Razak ertinya yang maha pemberi rezeki: Allah memberi rezeki kepada semua makhluknya tanpa ada yang terkecuali.
8.     Al-Fattah ertinya yang maha pembuka: Allah membuka pintu rahmatnya kepada sekalian hambanya meliputi segala sesuatu.
9.     Al-‘Alim ertinya yang maha mengetahui: Allah mengetahui segala sesuatu apa sahaja yang dapat dilihat mahupun tidak dapat dilihat oleh pancaindera manusia.
10.   Al-Qabidh ertinya yang maha pemegang: Allah juga maha pemegang rezeki hambanya yang dikehendaki.
AL-BASITH – AL-LATIF
1.     Al-Basith ertinya yang maha melapangkan
2.     Al-Khofidhu ertinya yang maha menurunkan darjat
3.     Ar-Rafi’u ertinya yang maha mengangkatkan
4.     Al-Mu’izzu ertinya yang maha memuliakan
5.     Al-Muzillu ertinya yang maha menghina
6.     As-Samii’u ertinya yang maha mendengar
7.     Al-Basiir ertinya yang maha melihat
8.     Al-Hakam ertinya yang maha menghukum
9.     Al-‘Adlu ertinya yang maha ‘adil
10.   Al-Latif ertinya yang maha lembut
AL-KHOBIR – AL-HASIB
1.     Al-Khobir ertinya yang maha berwaspada
2.     Al-Halim ertinya yang maha penyabar
3.     Al-‘azim ertinya yang maha agung/besar
4.     Al-Ghafur ertinya yang maha pengampun
5.     As-Syakur ertinya yang maha bersyukur
6.     Al-‘Aliyu ertinya yang maha tinggi
7.     Al-Kabiir ertinya yang maha besar
8.     Al-Hafiz ertinya yang maha memelihara
9.     Al-Muqit ertinya yang maha memberi keperluan
10.   Al-Hasib ertinya yang maha menghitung
AL-JALIL – AS-SYAHID
1.     Al-Jalil ertinya yang maha mempunyai kebesaran: mempunyai kebesaran kerana memiliki sifat yang sempurna.
2.     Al-Karim ertinya yang maha pemurah: yang banyak memberi sesuatu tanpa meminta balasan.
3.     Ar-Raqib ertinya yang maha mengawasi: sentiasa memberi semua makhluk serta tidak ada yang boleh terlepas daripada pengawasan.
4.     Al-Mujiib ertinya yang maha mengkabul: yang mengkabul segala permohonan apabila melakukan dengan bersungguh-sungguh.
5.     Al-Wasi’ertinya yang maha luas: Rahmat dari Allah merata untuk hambanya dengan seluasnya.
6.     Al-Hakim ertinya yang maha bijaksana: mencipta sesuatu dengan kebijaksanaan dan ada hikmah di atas kejadian.
7.     Al-Wadud ertinya yang maha penyayang: cinta dan sayang kepada hambanya yang taat serta melakukan perintah Allah dengan sebaik-baiknya.
8.     Al-Majid ertinya yang maha mulia: yang berada dalam puncak kemuliaan tiada tandingan.
9.     Al-Ba’isu ertinya yang maha membangkitkan: yang akan membangkitkan semua kehidupan untuk menuju akhirat.
As-Syahid ertinya yang maha menyaksikan: menjadikan saksi segala perbuatan manusia.

SKEMA JAWAPAN LATIHAN HUBUNGAN DOA DENGAN QADA’ DAN QADAR

SUSUNAN KALIMAH YANG BETUL
1.   أجيب دعوة الداع إذا دعان
PERANAN DOA DALAM KEHIDUPAN
1.     Dapat mengagungkan kekuasaan Allah
2.     Menyedari kelemahan diri sendiri
3.     Meletakkan satu harapan kepada Allah dalam mencapai cita-cita
SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN
1.     Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan hak-haknya.
2.     Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3.     Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
MALAM MENJADI WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA
1.     Waktu malam itu adalah waktu yang paling baik untuk beribadah kepada Allah kerana pada waktu itu sangat sunyi.
2.     Waktu yang paling baik untuk berdoa pada malam hari
SEBAB LAIN DOA TIDAK DIMAKBULKAN
1.     Kamu menyatakan bahawa kamu umat Muhammad S.A.W tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.
2.     Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
3.     Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
MANUSIA PERLU BERDOA
1.     Doa dijadikan sebagai amalan seharian
2.     Mohon hanya kepada Allah tatkala dalam kesusahan
3.     Untuk mencapai kejayaan