PENGERTIAN
DOA
* Secara
bahasa, doa mempunyai pengertian meminta dan mendakwa
* Adapun
menurut istilah, berdoa mempunyai maksud: memohon atau meminta sesuatu yang
baik daripada Allah Subhanahu Wa Taala yang maha pemurah dengan menggunakan
bahasa yang diperbolehkan dan adab yang sesuai dan baik serta menepati dengan
ketentuan syarak
PERANAN
DOA DALAM KEHIDUPAN HARIAN
*
Peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan kehidupan seseorang. Baik
kehidupan di dunia mahupun kehidupan di akhirat.
* Dengan
merendah diri dan berdoa, seseorang itu akan dapat mengagungkan kekuasaan Allah
dan menyedari kelemahan diri sendiri dan seterusnya meletakkan satu harapan
kepada Allah dalam mencapai cita-cita.
ADAB-ADAB
BERDOA
* Pada
waktu yang baik dan mulia (waktu afdhal) seperti hari arafah, bulan Ramadan,
hari jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
* Dalam
keadaan mulia seperti ketika bersujud dalam sembahyang, ketika berhadapan
dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, ketika sebelum menunaikan
sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih dari segala
gangguan syaitan dan ketika menghadap kaabah.
* Dengan
menghadap kiblat
*
Merendahkan suara iaitu antara terdengar dengan tiada oleh orang di sisi kita.
* Jangan
bersajak yakni tanpa menggunakan kata bersajak dalam apa-apa bentuk doa. Tetapi
cukup dengan kata biasa yang sederhana, sopan dan tepat mengenai sesuatu yang
dihajat dengan doa itu. Tidak perlu dilagukan dengan irama tertentu, sebagaimana
yang pernah dilakukan oleh penggubah doa dalam bahasa Arab. Lebih baik jika
kita memilih lafaz doa yang diterima dari Rasulullah S.A.W yang kandungannya
sesuai dengan apa yang kita doakan.
*
Khusyu’ dan tawadu’ dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa
kita.
*
Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan diperkenankan Allah dan tidak
berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankannya.
*
Mengulang-ulang doa itu dua tiga kali. Yakni doa tentang sesuatu yang sangat
kita utamakan memohonnya kepada Allah, akan lebih baik jika dibaca
berulang-ulang hingga dua tiga kali.
*
Menyebut ( memuji ) Allah pada permulaannya.
*
Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh-sungguh kepada
Allah
WAKTU
MUSTAJAB BERDOA
* Pada
waktu malam kerana pada waktu malam itu adalah waktu yang paling baik untuk
beribadah kerana sunyi. Waktu yang paling baik untuk berdoa pada waktu malam
hari ialah tengah malam ( iaitu apabila sudah lebih separuh malam), pada waktu
bahagian kedua daripada sepertiga malam, pada waktu sepertiga daripada
sepertiga malam dan pada waktu sahur.
* Pada
waktu pagi yakni ketika matahari sedang naik atau pada waktu dhuha.
* Pada
waktu petang selepas mengerjakan solat fardhu asar.
* Pada
hari Jumaat merupakan hari yang paling baik antara hari-hari dalam seminggu,
iaitu hari di mana Allah S.W.T dengan mudah memakbulkan doa.
* Pada
malam nisfu sya’ban iaitu pada malam 15 haribulan sya’ban di mana pada malam
tersebut Allah S.W.T menukar buku catatan amalan setiap hari dari buku yang
lama kepada buku yang baru.
* Pada
bulan Ramadan kerana di bulan Ramadan dipenuhi dengan keberkatan serta rahmat
dan kemuliaan bermula awal Ramadan hinggalah ke akhirnya.
* Pada
malam dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji
* Pada
bulan Rejab iaitu malam pertama bulan Rejab di mana malam tersebut sangat
mustajab berdoa.
* Ketika
mengerjakan solat dan selepasnya, dalam mengerjakan solat terdapat banyak lafaz
* Doa
selepas membaca Al-Quran terutama selepas khatam Al-Quran.
* Pada
majlis zikir dan tahlil kerana pada waktu itu penuh dengan rahmat daripada
Allah.
SEBAB
DOA TIDAK DIMAKBULKAN
* Kamu
telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan hak-haknya.
* Kamu
telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
* Kamu
telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui
seruannya.
* Kamu
menyatakan kamu umat Muhammad S.A.W tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.
* Kamu
mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan
yang akan membawamu ke syurga.
* Kamu
mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu
kepadanya.
* Kamu
mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
* Kamu
sibuk meneliti aib teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
* Kamu
telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan