Setiap manusia wajib berusaha untuk mencapai
apa yang dicita-citakan dan setelah berusaha barulah manusia boleh berserah
kepada Allah disamping berdoa kepadanya. Sekiranya apa yang dicita-citakan
masih tidak tercapai walaupun manusia telah berusaha, maka perlu diyakini ada
kebaikan disebalik apa yang telah terjadi.
Doa termasuk sebahagian daripada usaha
menetapkan qada’ Allah. Oleh itu, manusia perlu berdoa dengan tujuan agar
takdir buruk yang akan berlaku dapat dihindarkan.
Menurut pandangan ulama’, dijamin penerimaan
doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku
menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan.
Orang yang berdoa mestilah bersih hatinya
daripada penyakit hati seperti dengki, niat buruk dan seumpamanya. Begitu juga
hendaklah menjaga makan dan minum dengan menghindarkan memakan dan meminum
sesuatu yang dilarang Allah.
As-salam ialah nama sifat Allah yang
menciptakan kedamaian dan ini dapat dibuktikan dalam ciptaannya. Matahari dan
bulan berjalan dalam peredarannya. Bintang-bintang bergerak dan berfungsi
mengikut orbit masing-masing. Antara satu dengan yang lainnya menciptakan
kedamaian. Tidak ada yang terpesong dari garis panduan yang ditetapkan.
Masing-masing melaksanakan tugas dalam keadaan tertib dan aman. Malaikat selaku
khalifah di langit, melaksanakan amanah Allah dengan patuh dan berdisiplin.
Cuma manusia sahaja yang suka menumpahkan darah dengan peperangan dan
memporak-perandakan masyarakat walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk
menimbulkan keamanan, tetapi masih belum menjadi dan berjaya serta mampu
mencapai matlamatnya.
Hanya Allah yang maha pencipta, tetapi manusia
dibenarkan berfikir akan hikmah dan manfaat ciptaan Allah supaya menjadi
perangsang kepada manusia untuk cemerlang dalam menghasilkan pelbagai ciptaan
(produk) hasil daripada unsur bumi yang diberi Allah kepada manusia.
Allah Subhanahu Wa Taala yang maha mendengar
bererti bukan sahaja Allah yang mendengar, malah Allah menjadikan orang tuli
mendengar dan juga memberi pendengaran kepada orang tuli sedangkan manusia dan
segala makhluknya yang ada tidak akan memberikan pendengaran kepada orang tuli,
lebih-lebih lagi kepada orang yang telah mati.
Al-Hasiib adalah tuhan yang menghitung amalan
dosa dan pahala manusia pada hari perhitungan, setelah berlakunya kiamat.
Al-Hasiib yang menghitung besarnya dosa dan pahala manusia dan jiin, sedangkan
Jibrail bertugas sebagai penimbang perbuatan dosa dan pahala itu.
Orang yang bijaksana adalah orang yang
meneladani sifat Allah Subhanahu Wa Taala, biarpun kebijaksanaannya itu pada
prinsipnya terpesong dari peraturan perundangan. Ini menunjukkan bahawa segala
yang berlaku akan tetap menjadi tanggungjawab seorang pemimpin. Begitu juga
dalam kehidupan sehari-hari, kebijaksanaan itu bukan sahaja dimiliki oleh
pemimpin, tetapi orang bawahan juga semestinya mempunyai kebijaksanaan terhadap
golongan atasannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan