Rabu, 11 Februari 2015

SKEMA JAWAPAN LATIHAN HUBUNGAN DOA DENGAN QADA’ DAN QADAR

SUSUNAN KALIMAH YANG BETUL
1.   أجيب دعوة الداع إذا دعان
PERANAN DOA DALAM KEHIDUPAN
1.     Dapat mengagungkan kekuasaan Allah
2.     Menyedari kelemahan diri sendiri
3.     Meletakkan satu harapan kepada Allah dalam mencapai cita-cita
SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN
1.     Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan hak-haknya.
2.     Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3.     Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
MALAM MENJADI WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA
1.     Waktu malam itu adalah waktu yang paling baik untuk beribadah kepada Allah kerana pada waktu itu sangat sunyi.
2.     Waktu yang paling baik untuk berdoa pada malam hari
SEBAB LAIN DOA TIDAK DIMAKBULKAN
1.     Kamu menyatakan bahawa kamu umat Muhammad S.A.W tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.
2.     Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
3.     Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
MANUSIA PERLU BERDOA
1.     Doa dijadikan sebagai amalan seharian
2.     Mohon hanya kepada Allah tatkala dalam kesusahan
3.     Untuk mencapai kejayaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan