PENGERTIAN
BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
* Erti
qada’ dari segi bahasa ialah hukum, ketentuan, resam, kepastian dan ketetapan
sesuatu perkara ( keputusan ). Dari segi syarak pula bermaksud pelaksanaan
sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah yang azali.
* Erti
qadar ialah menentukan qadar terhadap sesuatu perkara mengikut qadar yang
tertentu ( nasib ). Dari segi syarak pula bermaksud ketentuan Allah yang azali
terhadap semua makhluk. Contohnya ialah seperti ajal maut, jodoh pertemuan,
rezeki, harta benda, kekayaan, kemiskinan, kebahagiaan, kesusahan, kesihatan
dan sebagainya.
HUKUM
BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
*
Beriman kepada qada’ dan qadar adalah wajib kerana ia termasuk dalam rukun iman
yang keenam.
MAKSUD
BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
*
Beriman kepada qada’ dan qadar bermaksud mempercayai dan meyakini bahawa Allah
yang maha mengetahui segala perkara yang akan berlaku ke atas setiap
makhluknya.
* Setiap
orang Islam wajib juga mempercayai bahawa setiap yang berlaku merupakan
pelaksanaan ketentuan Allah yang termaktub sejak azali.
* Allah
jugalah yang menetapkan segala sesuatu.
* Setiap
manusia wajib berusaha untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan setelah
berusaha barulah manusia boleh berserah kepada Allah disamping berdoa
kepadanya.
*
Sekiranya apa yang dicita-citakan masih tidak tercapai walaupun manusia telah
berusaha, maka perlu diyakini ada hikmah disebalik apa yang telah terjadi.
AKIBAT
TIDAK BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
* Di
antara akibat sekiranya seseorang itu tidak beriman kepada qada’ dan qadar
ialah :
·
Jauh daripada rahmat Allah.
·
Mudah berputus asa dan malas berusaha.
·
Menjadi sombong dan angkuh.
·
Jiwa tidak tenteram.
HIKMAH
BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
*
Melatih diri untuk banyak bersyukur dan bersabar menjauhkan diri dari sifat
sombong dan putus asa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan